May 18, 2011 @ 4:31 PM + comments
Faster Than Time.

Hello guys.

Pernah dengar tak cerita tiga benda. Carrot. Telur. Kopi. Hidup ni senang. Macam tiga benda tu. Benda benda tu lah yang boleh buat kan kita hidup atau mati. Seperti entry aku sebelum ni. Pasal EASY. Hidup. Senang lah untuk di eja. Tapi susah untuk nak buat kan hidup kita ni jadi hidup (live). Okay tak paham tak apa. But before that tolong lah dengar lagu Nobody's Perfect- Jessie J. Makan dalam. Obviously its about the lyrics. Not the video im talking about.

Okay cerita pasal Carrot, Telur dan Kopi. Mula mula sedia kan air panas. Bukan nak masak ke ape ke. Aku tengah cerita pasal Hidup ni. Tolong ah percaya. Okay lepas tu rendam kan carrot dalam air panas tadi. Korang tau ape jadi? Bertukar menjadi dragon? Atau mesin pengubah masa Abang Nabil. Tak Tak.. Carrot akan jadi lembut.Okay okay.

Kalau aku masukkan telur dalam air panas. Telur yang sebijik tu. Korang tau ape jadi? Telur akan jadi puding caramel? Atau menetas jadi itik pulak? Takk takk. Telur akan jadi keras. Atau lebih dikenali telur rebus. Dan ape pula jadi kalau aku letak kopi serbuk dalam air panas. Tukar jadi sirap mangga ke. Atau ape ape je lah yang korang imagine.

So aku nak bagitahu korang semua yang kalau nak hidup kita kena tahu siapa kita dan untuk siapa kita nak hidup. Okay pasal carrot tu. Korang tau kan carrot tu keras. So ada jugak jenis orang yang kental hati dia masa hari hari riang ria biasa. Tapi bila ada masalah tup tup terus jadi lembik. Tak ada maya dan tak ada semangat. Orang macam ni yang banyak putus asa. Tak ada pendirian tetap. Selalu nak mengalah. Selalu nak mengharapkan orang lain. Banyak mengeluh. Habuk pun tarak. Bodoh!

Untuk orang jenis kedua, korang tau kan telur tu kalau kita pecah kan dia lembik kan. Orang macam ni dia tak ada pendirian masa hidup. Lurus bendul ikut je apa orang lain kata. Tapi bila dia ada masalah atau musibah, baru lah dia bangun. Kuat kental gagah perkasa. Orang jenis macam ni cekal. Sanggup buat apa saja. Tapi bila dia ada masalah je la. Bila dah settle, dia buat perangai balik. Lembik!

Kopi. Kopi pulak jenis orang yang bagus. Aku suka. Macam aku lah. (tolong muntah hijau sekarang). Orang jenis ni dia akan cool je apa apa pun yang dia tengah lalui. Kalau ada masalah ke, tak ada ke, dia pandai balance. Karakteristik dia ni jenis orang yang cool tapi ambil tahu. Tak cepat gelalabahaha. Tak mengeluh dan sebagai nya lah. Good!

Tahu tak. Benda ni mak aku yang cerita masa Hari Ibu hari tu. Terharu jugak lah aku. So pilih lah mana hidup korang. Wassalam.

Bye.  =)

Labels:





Older Post | Newer Post
Profile

♥ IKA's ♥


I saw the best minds of my generation destroyed madness, starving hysterical naked



Socialis


Instagram



Archives





Credits




Buddyz

Aezan PFS
Aleeya
Atheera
Atrh Mhd
DyaYaya
Fasya
Hidayah
Idah
Liyana Fauzi
Maira
Meyra
Mimie
Sheira
Sheyfa
Syazana
Wanie
Wiwie
Sheira