June 12, 2010 @ 1:47 PM + comments
House Warming



Aku lega sangat. Tapi tak sebenar benarnya dan sebenarnya. Bila otak semakin menyenget, rasa tu pun makin menyenget. Sebelum rasa tu makin tersenget, baik aku rebonding kan dia balik bagi rasa tu straight. Mudah kan? Banyak sangat 'nyamuk, lalat, langau' yang kacau. Back off BUBBLEHEAD.

Bila hari cuti. Memang macam ni. Dulu masa kecik kecik, masih baby lagi mungkin, masa waktu macam ni memang tak ada buat apa apa. Jadi waktu tu hiburan yang aku ada untuk isi waktu senggang adalah mak aku. Adik beradik aku semua kerumun mak aku petang petang. (macam la adik beradik ramai sangat). Okay. Macam macam la yang mak aku buat masa tu untuk isi masa lapang dia dengan aku adik beradik. Yang paling aku ingat masa tu mak aku selalu lukis lukis depan aku. Dia ambil majalah URTV (lama punya) buka seksyen yang ada cerita novel tu. Tak baca ponggg. Tapi dia lukis balik kartun dalam tu. Sambil aku pun lukis sama.

Dulu aku lukis bukan atas kertas ah. Tapi aku tibai dinding rumah aku. Mula dengan aku lukis bas tengah racing dengan kereta sampai lah muka cikgu yang aku benci. Hodoh. Bodoh. Lukisan paling awal yang paling aku ingat, aku lukis muka maksu aku, sebijik macam kat atas. Masa tu aku tak reti lukis mulut, subject matter aku masa tu semua nya bulat. Lepas tu baru aku reti lukis straight. Itu pun maksu aku yang betul kan.

Mak aku jugak suka buat persembahan silap mata depan aku. Sampai aku dengan adik beradik memang taksub habis. Memang aku teruja macam tengok David Blaine, Copperfield, atau Mat Sentul buat show depan aku. Satu satu nya skill silap mata mak aku yang paling aku ingat ialah bola dimasukkan dalam cawan, pusing keliling badan dia, kemudian bola akan hilang secara tiba tiba. Puas jugak aku cari bola tu. Memang kaw kaw la mak aku silapkan mata aku adik beradik. HAHA. Damn.

Sekarang aku dah besar. TV dari tak colour sekarang dah colour. Dari berbintik bintik bintik bintik bintik dah jadi dua colour. Esok ada lagi ke hari macam dulu. Sekarang aku dah rasa berilmiah dari dulu. Belajar dah pandai. Boleh tamat kan zaman bujang. Wah. Aku dah dewasa. Memang berilmiah.

End.






Labels:





Older Post | Newer Post
Profile

♥ IKA's ♥


I saw the best minds of my generation destroyed madness, starving hysterical naked



Socialis


Instagram



Archives





Credits




Buddyz

Aezan PFS
Aleeya
Atheera
Atrh Mhd
DyaYaya
Fasya
Hidayah
Idah
Liyana Fauzi
Maira
Meyra
Mimie
Sheira
Sheyfa
Syazana
Wanie
Wiwie
Sheira