February 18, 2010 @ 9:53 PM + comments
Pemikiran Indikasi Atau Frekuensi

Okay,

Berkira kira untuk buat entry ni, tapi beberapa perkara yang jadi kebelakangan ni adalah justifikasi terhadap penulisan semula. Di samping email peminat yang beribu ribu minta aku mengetuk papan kekunci ni. Okay. Sila muntah sekarang.

Aku suka tulis kalau rasa tak gembira. Bukan tak suka bersembang dengan si dia yang digelar teman atau si dia yang melahirkan atau si dia yang digelar buddy. Tapi bila tulis, ia adalah puas dan boleh di baca banyak banyak kali dan bila banyak kali tu, ia adalah puas ah kan. Tahap kangkang.

Okay, cukup intro itu.

Menghargai dan dihargai. Lately ni aku sangat sensitif terhadap dua perkara ni. Dihargai tu satu perkara tapi aku lebih fokus kepada menghargai. Macam mana cara terbaik untuk aku menghargai dan apakah reward akibat sikap terpuji fulamak ni (jangan fikirkan ini). Aku sedang meng-explore perkara tu ketika dan pada saat ni dan juga aku mencuba dengan responden yang pelbagai. *Jadi sila jangan terkaget (cewah tatabahasa tu) kalau kau mendapat nota busuk 'Aku Sayang Kau' dari aku- bukan aku minat kau tapi aku cuba menghargai kau sementelah kertas itu amat dekat dengan aku. Haha.

Dan untuk pengetahuan kau kau yang membaca entry ni, aku cuba jadi antara yang terbaik yang kau boleh bergantung harap. Dan aku sebenar nya nak taip benda lain, tapi lain yang terkeluar. Aku akan tulis bila hati tenang sedikit. Sekarang gelora.

Nota Kaki: Inilah akibat cuti yang sangat singkat. Menggelabah.






Labels:





Older Post | Newer Post
Profile

♥ IKA's ♥


I saw the best minds of my generation destroyed madness, starving hysterical naked



Socialis


Instagram



Archives





Credits




Buddyz

Aezan PFS
Aleeya
Atheera
Atrh Mhd
DyaYaya
Fasya
Hidayah
Idah
Liyana Fauzi
Maira
Meyra
Mimie
Sheira
Sheyfa
Syazana
Wanie
Wiwie
Sheira